BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

Read More
MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

Read More
BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.(25/1/08 – Ini mlm tadi isteri dah cuba, bubur bau hangin, so letak daun pisang, bau hilang)

Read More
PENAWAR BISUL/KUDIS

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis

Read More
MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

Read More
HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan

Read More